Thursday, January 5, 2012

PENGENALAN FOTOGRAFI

PENGENALAN FOTOGRAFI

-Fotografi memberi maksud " lukisan dengan cahaya". Ia telah lama wujud sebelum kamera & filem fotografi peka cahaya di gunakan. Orang Arab purba mendapati bahawa apabila berada di dalam khemah yang gelap, mereka melihat imej-imej yang terbalik bagi objek-objek yang bercahaya di luar khemah. Dalam tahun 1700, para pelukis Perancis telah menggunakan prinsip lubang jarum sebagai alat bantu untuk melukis pandangan perspektif bagi objek-objek yang bercahaya. Apabila berada di dalam kotak gelap, mereka menyurih garisan lakar objek yang diunjurkan pada dinding yang bertentang dengan lubang jarum.

- Dalam tahun 1839, Louis Daguerre dari Perancis menghasilkan filem yang boleh merakam dan mengekalkan imej apabila filem itu tercahaya. Apabila filem ini di letakkan di dalam " kotak lubang jarum " yang gelap, gambar yang diperolehi tanpa bantuan seorang pelukis.

No comments: